Produser
filem terkenal, Raja Azmi menafikan dakwaan yang mengatakan dia
menganggap upacara bacaan doa dalam majlis anjurannya baru-baru ini tidak
penting.
Saya
betul-betul kecil hati dan terkilan dengan tuduhan macam itu. Sampai hati
mereka tuduh tanpa usul periksa. Takkanlah Kak Mi nak cakap macam itu? Kak
Mi sangat kesal dengan fitnah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang
menyebarkan benda tak betul. Tapi
yang lebih saya kecewa apabila akhbar terbabit sewenang-wenangnya mengeluarkan
artikel tanpa bertanyakan kesahihannya dulu
Pada
masa sama, produser berusia 54 tahun itu turut menafikan mengeluarkan kenyataan
berbaur sindiran bahawa bacaan doa wajar dilakukan di surau atau masjid saja
dan bukan pada majlis hiburan.
Lain
saya cakap lain pula ditulis. Itu yang buat saya geram. Saya cakap dalam majlis
itu, bacaan doa tak perlu dibuat lagi sebab saya sudah buat doa selamat
terlebih awal di rumah sebelum majlis. Kenapa
pula fitnah saya cakap doa selamat hanya sesuai di masjid atau surau saja.
Bukankah sudah bercanggah kenyataan itu? Saya ada rakaman video pada majlis itu
untuk buktikan apa yang saya cakapkan.
Sementara
itu, Raja Azmi meminta agar akhbar berkenaan lebih berhati-hati sebelum
mengeluarkan sebarang artikel berunsur kontroversi.
No comments:
Post a Comment