Peliklah mereka (peminat) ini. Kenapalah suka sangat ulang-ulang
cerita 10 tahun lepas?
Luah pelakon seksi Ramona Zamzam dalam nada
kesal berhubung gambar-gambar menjolok mata dan liar membabitkan dirinya
di sebuah kelab malam yang tersebar di Internet, baru-baru ini.
Menurut Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam,
23, penyebaran gambar-gambar terbabit yang kembali menimbulkan spekulasi
dalam kalangan peminat perkara yang mengecewakan dirinya secara
peribadi.
Tolonglah, itu gambar lama yang diambil ketika saya berumur sekitar
16 tahun. Memang betul gambar berkenaan, tapi gosip itu pernah kecoh
ketika awal pembabitan saya. Saya sudah pernah jelaskan gosip ini dulu. Tak sangka benda ini datang balik. Saya tak marah tapi kesal dan sedih sangat jadinya
Gambar memperlihatkan Ramona bersuka ria di dalam kelab malam itu
kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminat di laman forum hiburan
baru-baru ini sehingga mencetuskan kontroversi. Bagaimanapun, jelas Ramona, aksi itu dirakamkan ketika dia berumur
belasan tahun dan bukan gambar baru yang tidak sepatutnya dibangkitkan
semula.
Aktres filem Sepah The Movie ini berkata, sebagai selebriti dia
sentiasa peka dan sensitif pada batasan dan tindak-tanduk seorang wanita
Islam. Justeru itu, katanya, penyebaran gambar lama seumpama itu mengganggu dan tidak wajar berlaku kerana ia cerita lama.
Ketika itu, umur saya 16 tahun. Biasalah zaman remaja tentu ada kesilapan sana dan sini, tapi itu benda lama. Sejak jadi artis saya sangat peka pada tindak-tanduk saya. Saya
sudah tak buat benda-benda macam itu lagi. Jadi kenapa nak dibangkitkan
lagi
Sambung Ramona, penyebaran gambar lama itu patut dihentikan dan tidak
dimanipulasi pihak tertentu untuk mencetuskan kontroversi.
No comments:
Post a Comment