Pages

Monday, January 6, 2014

[TAHNIAH]: Linda Onn Kini Bergelar Isteri



Tahniah Media Hiburan Online ucapkan kepada penyampai radio, Linda Onn yang telah sah menjadi isteri kepada Ungku Azhar, 34, tepat jam 5.45 petang pada 27 Disember lalu.
 
Majlis pernikahan telah diadakan secara tertutup dengan dinikahkan oleh jurunikah dari Masjid Bukit Indah, Ampang. 


Menerusi kenyataaan yang dikeluarkan menerusi akaun Instagramnya, majlis tersebut diadakan hanya untuk ahli keluarga terdekat dan majlis tersebut telah berjalan dengan lancar. 
 

Linda juga meminta maaf kerana tidak menjemput media selain hanya dapat berkongsi secara ringkas majlisnya kerana menghormati permintaan suami dan keluarganya. Diharapkan agar ikatan yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat. Tahniah sekali lagi! 


No comments:

Post a Comment