Pages

Monday, January 6, 2014

Che Ta & Zain Puas Hati Majlis Capai Wedding Of The Year?


Pasangan popular Zain Saidin, 29, & Rozita Che Wan, 40, berpuas hati dan berasa lega apabila ketiga-tiga majlis perkahwinannya berjalan lancar seperti dirancang. Zain berkata; ”Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami berpuas hati dengan apa yang ditawarkan iaitu daripada semua penaja untuk menjadikan majlis ini sebagai ‘wedding of the year‘.

“Ia adalah satu tekanan pada kami untuk merialisasikannya dan melepasi jangkaan orang ramai terhadap majlis ini,” katakan ketika ditemui selepas majlis resepsi yang diadakan di Setia City Convention Centre, di sini, pada Jumaat.


Zain juga turut memberitahu dia akan menjaga amanat dan pesanan daripada ibu Rozita, Bedah Saad, 60, agar menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan sebaik-baiknya. Majlis resepsi berlangsung meriah dengan bertemakan ‘taman inggeris‘ daripada Nas The Great Idea itu turut menyerlahkan keanggunan pasangan mempelai dengan baju rekaan Qudyn Kuala Lumpur dan Rizman Ruzaini serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11.2 juta.










No comments:

Post a Comment