KULIM: Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang
mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan
yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam,
Sungai Seluang, Lunas dekat sini Ahad.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata, kesemua lembu itu ditemui
semula pada 7 pagi Ahad iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang
ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam. Pemilik
ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
“Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di
bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi
membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu,” katanya ketika
dihubungi pada Ahad.
“Polis dengan kerjasama orang awam
menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di
Kampung Siam, dekat sini,” kata Chin.
No comments:
Post a Comment