Sebelum
ini kita dikejutkan dengan pelakon dan pengacara popular, Neelofa
ditangkap khalwat kononnya dengan seorang VVIP. Neelofa terpaksa
menjawab persoalan ramai pihak tentang isu tangkapan khalwat yang tidak wujud
dek kerana ramai yang tidak percaya.
Agaknya
tidak mahu reputasinya rosak, Neelofa memuatnaik gambar resit
penerbangannya ke Los Angeles melalui Instagramnya sebagai bukti yang tercatat
tarikh pada hari kononnya beliau dituduh berkhalwat. Neelofa turut
membuat sedikit penerangan kepada mereka yang terus menerus memfitnahnya:-
Untuk
mereka yang menganggap yang kononnya sy “LARI” selepas dituduh dgn fitnah kes
khalwat pada 26th Dec 2013. Ini adalah receipt sy yang tertera ISSUE DATE:
18Dec2013 TIME: 12.37pm Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dgn tuduhan
yg tak masuk akal itu, pastinya sy tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan
utk selesaikan kes tersebut. Bagi mereka yg memang mengikuti perjalanan kerjaya
sy, cerita tentang sy mengambil short course in acting di New York Film Academy
– LA campus dah mula keluar dari bulan October.
No comments:
Post a Comment