Aktor
terkenal Aaron Aziz melahirkan rasa bersyukur apabila isterinya, Diana Halik
kini melalui satu fasa baru dalam kehidupannya apabila tampil dengan imej
berhijab.
Alhamdulillah
saya bersyukur sekali perubahan yang dilakukan Diana pada hari ini. Saya agak
pelik sedikit kerana selalunya orang baru balik dari umrah yang akan memakai
tudung tetapi ini amat berbeza sekali dengan Diana kerana selepas pulang dari
Hong Kong dia terus berubah untuk memakai tudung. Inilah kuasa Allah tidak kira
di mana sahaja kita berada dan sekiranya dia berkehendakkan sesuatu maka
jadilah ia
Saya
pernah menyuarakan hasrat saya untuk melihat dia memakai tudung sejak pulang
mengerjakan umrah dua tahun lalu, namun, saya tidak memaksanya kerana bagi saya
biarlah hati dia terbuka sendiri untuk berubah kerana Allah dan bukannya kerana
saya.
Saya
tidak pernah paksa Diana untuk memakai tudung. Saya sendiri lebih suka untuk
berikan peringatan & nasihat buatnya. Biarlah dia memakai tudung secara
ikhlas dan kerana memenuhi tuntutan Islam. Bukan bertudung kerana suami,”
katanya bersungguh.
Sementara
itu, Diana pula memberitahu bahawa perubahannya itu sudah sampai masanya dan
disebabkan juga oleh suaminya yang suka menunjukkan video-video dari laman
Youtube mengenai tanda-tanda kiamat yang sudah berlaku di dunia akhir zaman
ini.
Bersyukur
kerana akhirnya saya sudah bertudung walau pun masih belum berlitup penuh lagi.
Saya sekarang masih perlahan-lahan dalam menyesuaikan imej saya yang baru
ini. Saya berharap di kesempatan ini peminat-peminat Aaron dapat mendoakan
perubahan imej saya dan saya akan cuba perlahan-lahan untuk bertudung dengan
cara yang betul berlandaskan ajaran Islam
Selepas
ini mesti ada yang suka dan tak kurang juga akan mengutuk tetapi saya tidak
kisah kerana itu semua menjadi lumrah dan asalkan benda yang baik kita lakukan
itu sudah cukup. Bukan senang untuk puaskan hati orang walaupun kita berbuat
kebaikan, jadi terpulanglah pada orang ramai untuk menilainya
No comments:
Post a Comment