Selepas hampir tiga bulan melahirkan anak keduanya yang dipanggil Baby
Z, penyanyi Nurul Wahab akhirnya mendedahkan wajah dan nama sebenar anak
kesayangannya itu.
Nurul dan suami, Eric telah sepakat memilih nama Zachary Depp untuk
puteranya dan menerusi blognya, Nurul juga berkongsi cerita di sebalik
pemilihan nama tersebut.
"Adalah sorang mamat ni. Senior aku. Bukan main putih dan handsome orangnya. Pendiam tapi rock! Aku suka melihatnya. Crush aku masa tu lah… Hehehe.. (Jangan bagitahu Eric okay.. Dia tak tahu! Hahhaha) Jadi, masa tu terus suka dengan nama Zachary. Tak sangka pula boleh ingat nama tu masa aku mengandungkan Baby Z. Aku simpan niat nak namakan anak kedua aku ni dengan nama tu andainya lelaki. Sekali, memang dah rezeki aku nak dapat baby boy."
Dalam pada itu, Nurul juga menjelaskan anaknya yang kini sudah mula
pandai mengiring lebih mewarisi wajah ayahnya walaupun di awal kelahiran
lebih mengikut darahnya. Tahniah DIucapkan kepada Nurul sekeluarga. Semoga
Baby Z akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
No comments:
Post a Comment