Yana Samsudin, 28, menjelaskan bahawa dia tidak meninggalkan MIG, sebaliknya kontrak Yana bersama pihak pengurusan MIG akan tamat pada 26 Februari ini.
Di awal pembabitan bersama payung pengurusan MIG, Yana menandatangai kontrak selama lima tahun dan selepas itu, Yana memperbaharui kontrak tersebut selama lima tahun lagi.
Saya tidak meninggalkan MIG, cuma kontrak saya dengan pihak MIG akan tamat pada 26 Februari ini. Selepas ini, saya akan menguruskan kerjaya seni saya sendiri. Saya anggap ianya sebagai proses biasa. Apabila adanya permulaan, pasti ada pengakhiran.
Andai kata selepas ini ada peluang untuk berkolaborasi atau pun tawaran berlakon dengan produksi MIG, saya tiada masalah. Kiranya, selepas ini saya berstatus ‘freelance’. Pengurusan sahaja yang berubah. Jika dahulu mana-mana tawaran kerja kena melalui pihak pengurusan MIG, selepas ini tidak lagi
Memandangkan jatuh bangun Yana selama ini bersama MIG, GUA turut meminta Yana mengulas lanjut tentang keputusannya untuk bergerak sendiri. Adakah kerana mahu membuktikan dia mampu bertahan dalam industri tanpa bantuan MIG atau berlaku konflik di antaranya dengan pihak pengurusan.
Keputusan saya untuk tidak menyambung kontrak adalah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak ataupun mana-mana kenyataan seperti dakwaan anak emas dan sebagainya. Saya mengakhiri kontrak secara baik, bukan sebab bergaduh atau sebab tiada persefahaman.
No comments:
Post a Comment