Sharifah Sakinah semalam diwawancara oleh Kosmo! dan ianya lebih
tertumpu kepada subjek panas yang kerap diperlakukan oleh Sharifah
sendiri seperti adegan seksi dan ntah apa-apa lagi.
Diantaranya juga adalah isu pakaian renang yang dipakainya, dan turut
diambil oleh jurulatih pribadi renanganya sendiri di Dubai.
Namun akui
Sakinah, dia memang aktif bersukan dan meyakinkan ramai pihak bentuk
badannya adalah hasil daripada sukan berkenaan.
Kosmo!:
Gambar anda mengenakan pakaian renang jenis two-piece
dimuat naik oleh jurulatih anda di akaun peribadi miliknya ketika
berada di Dubai. Adakah anda tidak sensitif dengan agama?
SAKINAH: Sebagai seorang Islam, saya masih tahu tentang hukum agama.
Saya turut sedar mengenai larangan mendedahkan aurat. Tetapi, saya
hanya menjadi diri saya. Saya tidak memuat naik gambar-gambar
tersebut kerana mahukan publisiti. Saya langsung tidak meletakkan
sebarang kapsyen provokasi pada setiap gambar.
Adakah anda sedar bahawa anda sering diperhatikan, terutamanya oleh
para peminat yang sering mengikuti perkembangan anda?
Seperti yang saya katakan tadi, saya hanya menjadi diri saya
sendiri. Saya berlakon kerana minat dan saya bergiat aktif dalam
bidang kesihatan juga kerana minat. Bagi saya, jika setiap benda
yang dilakukan itu dipandang positif, maka tiada sebarang tanggapan
buruk yang akan dikeluarkan.
Pernah berasa menyesal kerana kehidupan peribadi sering dijadikan
bahan bualan sejak anda bergelar selebriti?
Kontroversi telah melanda saya sejak sebelum saya bergelar seorang
pelakon lagi. Ketika itu, saya dikenali sebagai adik kepada Sharifah
Shahirah. Bayangkan, sebelum saya dikenali ramai, gambar-gambar saya
bersosial bersama rakan-rakan telah tersebar di internet dan orang
telah mula bercakap mengenai saya. Jadi, apabila benda-benda seperti
itu berlaku sekarang, saya hanya berdiam diri.
Apakah tindakan anda seterusnya?
Saya akan meneruskan apa yang saya lakukan sekarang dan cuba menjadi
diri sendiri. Sejujurnya, saya akan memperbaiki diri saya
berperingkat dan lebih berhati-hati dengan apa yang saya kongsikan.
No comments:
Post a Comment