Pages

Monday, February 17, 2014

[PANAS]: Penjelasan Lana Nordin, Nafi Punca Adira Putus Cinta?


Beberapa minggu lepas, peminat melihat kemesraan Adira bersama kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin menerusi beberapa foto yang dikongsikan di Instagram namun timbul khabar angin terbaru mengatakan pasangan berkenaan kini telah berpisah, dan gambar Shahrul di laman sosial tersebut juga telah dipadamkan Adira.


Timbul khabar angin mengatakan percintaan penyanyi itu dengan kekasihnya dipercayai bermasalah kerana Shahrul cuba mendekati bekas kekasih Johan As’ari iaitu Lana Nodin.


Memetik sumber OHBULAN!, Lana Nordin menafikan dirinya menjadi punca kepada keretakan hubungan Adira dan Shahrul.


Siapa boyfriend dia? Saya tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan tak pernah ambil tahu pun pasal percintaan mereka. Saya tak ada masa nak kacau boyfriend orang lah.

Saya sekarang berkawan dengan semua orang dan sedang mencari calon suami. Tapi seboleh mungkin saya akan elak dari mengambil hak orang.

Lana juga memberitahu akan mengerjakan umrah bersama adiknya dan pelakon, Lisdawati dalam masa terdekat ini. Saya tak nak habiskan masa dengan kacau hubungan orang sebab sibuk uruskan persiapan untuk ke Tanah Suci. Mana tahu saya bertemu jodoh di sana.


Lana juga tidak menetapkan untuk terus bertudung sekembalinya dari menunaikan umrah kerana percaya penghijrahan yang akan dilakukan haruslah datang dari hatinya sendiri dan akan melengkapkan dirinya terlebih dahulu dengan persediaan rapi.


No comments:

Post a Comment