Hari
lahir Tasha Shilla yang jatuh pada 25 Januari lepas tidak dapat diraikan dengan
sempurna kerana pelakon itu berada di Korea bagi menjalani sebuah penggambaran
drama. Walaupun sibuk dan terlewat, Tasha masih lagi sempat menyambut
ulang tahun kelahirannya yang ke 27 tahun baru-baru ini.
Tasha
berkongsi kemeriahan majlis sambutan hari jadinya di akaun Instagramnya.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan sambutan tersebut dilihat telah diraikan
penuh meriah dengan kehadiran rakan-rakan Tasha yang turut berkongsi bulan
kelahiran yang sama.
Namun
di sebalik keseronokan mereka, terdapat juga segelintir pihak yang tdak berpuas
hati dengan cara Tasha dan rakan-rakannya berpakaian. Tidak cukup dengan
itu, kemesraan Tasha dengan seorang lelaki pada malam tersebut juga menjadi
bahan pertikaian hingga ada yang mempersoalkan hubungan mereka.
Gosip
percintaannya dengan peninju Muay Thai itu bukanlah perkara baru tetapi Tasha
seringkali menyatakan hubungan mereka tidak lebih seperti rakan
baik. Namun semalam, Tasha telah berkongsi kata-kata semangat dari seorang
peminat yang membela Tasha daripada terus dikecam berkenaan hubungannya dengan
lelaki yang bukan beragama Islam itu.
Tindakan
tersebut seakan mengiyakan khabar angin yang mengatakan mereka sedang bercinta.
Malah sepanjang sambutan hari lahir itu juga, kedua-duanya dilihat duduk
bersebelahan sambil berpegangan tangan.
Khas
buat semua peminat Tasha Shilla, jom lihat foto-foto sambutan hari lahir
pelakon kecil molek ini bersama rakan-rakannya termasuk Marsha Milan Londoh dan
Sharifah Sakinah!
No comments:
Post a Comment