Setelah
sekian lama, akhirnya teka-teki keretakkan rumah tangga Erra Fazira dan Engku
Emram terjawab semalam apabila pasangan ini sah bercerai talak
satu secara baik di mahkamah.
Setelah
selesai perbicaraan semalam, Erra memohon agak dirinya tidak lagi diganggu.
Erra turut memaklumkan dia akan meneruskan kerjanya seperti
biasa. Spekulasi semua terjawab. I hope everyone leave me in peace,
katanya.
Walaupun
kelihatan tenang ketika Engku Emran melafazkan cerai, Erra yang ditemui oleh
wartawan portal GUA menyatakan berat mata yang memandang,
berat lagi bahu yang memikul. Memetik sumber Gua, kata Erra:-
Gelora,
berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang tak boleh adili
apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan cara saya sendiri.
Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati
saya. Apa yang boleh saya katakan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu
yang memikulnya
Orang
nampak saya kuat tapi orang tak tahu apa yang saya tanggung. Kita tak tahu
apabila air mata itu akan keluar dan tidak dinafikan, ada masa saya rasa jatuh
dan rebah. Walau bagaimanapun, kekuatan ini datang kerana rasa tanggungjawab
saya terhadap keluarga. Jika saya rebah dan menangis depan keluarga, anak dan
rakan-rakan, macam mana saya nak tolong diri saya dan juga keluarga
Saya
kini mahu fokus dengan kerja kerana jika saya tak ada sebarang kerja dan hanya
duduk di rumah saja, sudah tentu saya akan melayan perasaan. Saya mahu pandang
ke hadapan dan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara ini.
Sementara
itu salah seorang kawan baik Erra Fazira iaitu Erma Fatima memaklumkan yang
pelakon tersebut telah memberi gambaran keretakan rumahtangganya sejak setahun
lepas. Kata Erma:-
Sebagai
kakak, saya memang sangat sedih dengan penceraian Erra dan Engku Emran. Erra
beritahu saya dia sudah fikir dengan masak-masak dan mahu bercerai dengan baik
dengan Emran. Dia hanya lebih fikirkan masa depan anaknya, Engku Aleesya
semata-mata dan sanggup menjaga Aleesya secara bergilir-gilir dengan Emran.
Saya
difahamkan, Erra hanya dapat bersama Aleesya selama 2 hari saja dalam seminggu
iaitu Ahad dan Isnin selain cuti sekolah dan hari perayaan manakala selebihnya
menjadi hak Emran. Sebenarnya sudah lebih setahun Erra memberi gambar
rumahtangganya dengan Emran bergolak.
Saya
pula yang hiba dan menangis tatkala mendengar Emran melafazkan cerai. Saya
hanya mampu berdoa agar mereka berdua diberikan ketenangan menghadapi semua
ini.
Semoga
semua pihak hormati keputusan Erra supaya tidak diganggu. Doakan yang terbaik
buat Erra dan Engku Emram, terutama sekali buat anak pasangan ini.
No comments:
Post a Comment