Masih belum habis lagi rupanya isu berkaitan Anugerah Meletop Era
(AME) yang diadakan Sabtu lalu, memang betul-betul meletoplah
sehinggakan tidak habis-habis diperkatakan orang ramai.
Tak cukup dengan isu pakaian ‘merepek’ Neelofa, isu Wak Doyok yang
dikatakan terasa hati dengan Neelofa kini timbul pula isu berkaitan
pakaian yang digayakan pemenang terbesar AME iaitu Zizan Razak.
Jika diperhatikan Zizan mengenakan pakaian bercorak askar
bersama-sama lencana dan batch yang menyerupai badan beruniform, Rejimen
Askar Melayu. Perkara ini telah dibangkitkan oleh seorang pengguna Facebook yang
mengatakan perkara ini seharusnya dibawa ke tengah agar di masa hadapan
tiada lagi selebriti menggunakan pingat dan lencana milik badan
beruniform dengan sewenang-wenangnya.
Sebelum ini pun, Farid Kamil pernah mencipta kontroversi sebegini
apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi
badan beruniform negara. Seperti yang diketahui, baik askar mahupun polis, mereka perlu
menjalani latihan yang sukar dan lasak sebelum dapat memakai lencana dan
pingat tertentu.
Jadinya, memang tidak wajarlah bagi orang awam lebih-lebih lagi
selebriti yang dikenali ramai mengambil kesempatan di atas perkara
tersebut kerana ia dilihat seolah-olah mereka tidak menghormati badan
beruniform tersebut.
No comments:
Post a Comment