Pages

Monday, February 17, 2014

[TAHNIAH]: Kayla Elayna Buah Hati Khairul Fahmi & Leuniey


Selepas menimang cahaya mata sulung pada 3 Februari lalu, ramai yang tertunggu-tunggu nama puteri comel pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha. Menerusi laman Instagram mereka, pasangan ini mengumumkan nama bayi kesayangan mereka adalah Kayla Elayna binti Khairul Fahmi.


Nama yang diberi cukup unik namun tidak pasti pula apa maksudnya. Namun difahamkan, nama bayi comel in telah diabadikan dalam produk kecantikan terbaru yang dilancarkan oleh Leuniey baru-baru ini iaitu Kaylena Beaute’ Natural Skin Care by KFLNbeautyline.


Tidak seperti selebriti lain yang mengambil masa lama untuk mendedahkan nama dan wajah anak mereka, namun pasangan ini dilihat cukup terbuka dalam perkara ini sehingga mewujudkan laman Instagram khas untuk anak mereka bagi peminat mengikuti perkembangan Kayla Elayna.









No comments:

Post a Comment