Rozita
Che Wan ditanya mengenai reaksi beliau jika di madukan. Jelas Rozita atau lebih
mesra di sapa Che Ta, dia mengakui tidak sanggup menerima kenyataan
sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.
Che
Ta bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki
baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian.
Dalam
kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk
merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya
terima.
Nak
buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi
saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah
Pastinya
ramai peminat pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan
tertanya-tanya adakah benar Che Ta bakal dimadukan? Bagaimanapun, gosip
ini cuma berkisar dalam telefilem berjudul Madu khas terbitan Zeel Production
di mana Rozita memegang watak sebagai isteri pertama kepada pelakon Zamarul
Hisham dan menggunakan nama Anita.
Bakal
ditayangkan pada Ahad jam 10 malam di TV3, telefilem Madu mengupas
tentang sisi hidup seorang isteri yang sanggup dimadukan semata-mata untuk
menghilangkan kebosanannya seorang diri di rumah.
Namun
bukan Che Ta sahaja yang tidak ingin dimadukan, sudah pasti ramai lagi wanita
di luar sana ingin mengelak dari dimadukan. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment