RUPA-rupanya bukan nama Neelofa saja yang berjaya mencuri tumpuan ramai ketika berlangsungnya Anugerah Meletop Era, Sabtu lalu. Pelakon cantik manis, Tasha Shilla turut dikritik sesetengah pihak di
luar sana berhubung tubuh badannya yang dikatakan tak ‘original’.
Tubuhnya yang kelihatan sangat menonjol lebih-lebih di bahagian
punggung telah membuatkan peminatnya mengatakan dia menggenakan padding
untuk menunjukkan tubuhnya yang cantik itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Tasha menjelaskan:
terpulanglah orang
nak cakap apa. Apa yang ada di badan saya memang original sebab saya
selalu amalkan senaman. Saya tak perlukan padding. Kalau orang kat luar sana nak bentuk badan macam saya, pergilah buat
senaman. Kawan saya, Sakinah pun dah buat kelas senaman, boleh ikut
serta untuk miliki badan yang cantik dan sihat
Dalam pada masa yang sama, pelakon berusia 27 tahun ini juga dilihat
semakin terbuka mempamerkan hubungan mesranya dengan peninju Muay Thai
yang dikenali sebagai Hans apabila hadir berpegangan tangan di red
carpet anugerah tersebut.
Walau bagaimanapun, Tasha lebih selesa mengatakan jejaka itu sebagai
kawan lelaki yang paling rapat dengannya buat masa kini kerana baginya
selagi belum berkahwin, dia tidak selesa membuat pengakuan bercinta
dengan mana-mana jejaka yang dikaitkan dengannya.
No comments:
Post a Comment