Pages

Tuesday, February 18, 2014

Niat Rabecca Nur Al-Islam Mahu Jual Dan Sedekah Baju Seksinya Dikritik?


Siapa tidak kenal pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang sebelum ini terkenal dengan imej seksi. Namun selepas pulang dari menunaikan umrah 31 Januari yang lalu, Rabecca telah mula berhijab. 



Rabecca juga bertindak menjual kesemua koleksi pakaiannya sebelum ini kepada orang ramai. Bagi pakaian yang bernilai Rm700 kebawah beliau hanya beri percuma sahaja kerana niat untuk bersedekah. Manakala bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, Rabecca akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus.

Memetik sumber Sinar Harian, Rabecca berkata tindakan itu adalah diambil kerana dia tidak mungkin akan memakainya lagi di masa akan datang.

Setelah berfikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan saya turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial milik saya. Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya

Ada yang setuju dengan tindakan Rabecca kerana mungkin pakaiannya mahal dan beliau mahu menjualnya kerana walaupun pakain itu seksi, tapi masih boleh dipakai dengan inner mahupun cardingan. Namun ada juga segelintir pengikut dan peminat beliau menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mereka berpendapat baju yg seksi kalau dijual/sedekah buat tambah dosa org yg beli dan menerima tu je.


Ada juga betulnya komen-komen peminat Rabecca itu. Namun jika niat untuk menjual dan bagi pembeli itu baik, maka mereka mesti tahu bagaimana untuk memakainya kelak. Komen anda?


No comments:

Post a Comment