Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa
gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang
dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah.
Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah
anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!
Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram
telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih
kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh
kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak
terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan
struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.
Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan
Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat
ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk
memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga
dikatakan tidak cukup Islamik.
Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam
Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda
mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang
disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu
hari nanti jika keadaan ini berterusan.
Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat
tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya
pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa
tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek
pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah
berada di bawah jajahan keluarga Al Saud”
PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci
Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu
nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid
Utama”.
Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam
sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada
musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk
membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan
permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah
sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa
cerita ni?!
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin
Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma
kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari
pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah
keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan
dari semua negara Islam?
Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid
suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki
dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan
kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang
sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah
pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel
mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram.
Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah
mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.
Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya
ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah
dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat,
makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah”
dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’
Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos
untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini
mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji
terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.
Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka
lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang.
Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa
seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat
kepada Allah.
Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang
memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang
mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan
oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi
mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut
undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan
sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik
keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut
mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat
atau dipersoalkan.
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa
salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila
kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula
berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan
menonjolkan kekayaan mereka).
Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.
No comments:
Post a Comment