Penyanyi popular, Stacy telah mengesahkan bahawa dia telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) atau leboh dikenali sebagai wabak selsema burung.
Saya mula demam, batuk dan selsema sejak beberapa hari sebelum membuat persembahan pada malam anugerah MeleTOP Era. Ketika itu, saya anggap hanya demam biasa sahaja. Walaupun saya telah makan ubat, namun suhu badan tetap tidak turun. Jadi, pada malam tersebut, saya terpaksa menggagahkan diri untuk mengadakan persembahan
Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam berkata, dia disahkan dijangkiti virus H1N1 ketika dia ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Saya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan pada hari Ahad lalu. Ketika itu, demam yang saya alami masih kuat, tekak pula semakin perit dan sendi-sendi terasa sungguh ngilu. Badan saya berasa sangat sakit sehingga saya tidak mampu untuk bergerak. Doktor di klinik tersebut mengesahkan bahawa saya dijangkiti virus H1N1.
Jelasnya lagi, dia kemudian pergi ke sebuah hospital di Subang, Selangor untuk membuat pemeriksaan darah. Doktor di sana memberinya suntikan bagi mengurangkan demam dan beberapa jenis ubat untuk dihabiskan dalam tempoh lima hari. Stacy juga diminta untuk datang semula selepas tempoh itu untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 24 tahun itu berharap anak angkatnya, Bella De Luna Valentina sihat dan tidak dijangkiti virus yang sama.
No comments:
Post a Comment