Pages

Sunday, February 16, 2014

[GOSIP]: Makanan Restoran Anak Chef Wan, Serina Indah Khabar Dari Rupa?


Lain orang lain ragamnya. Begitu juga selera manusia tidak sama. Kadang-kadang sedap di mulut kita tapi sebaliknya bagi orang lain. Akan timbul cerita sesetengah restoran yang jadi kegemaran kita, mungkin tidak disukai sesetengah rakan-rakan kerana berasakan ia tidak kena dengan selera mereka.


Namun sudah jadi lumrah, bila restoran itu milik artis mahupun selebriti, sudah tentulah sedikit sebanyak orang akan berminat untuk menyebarkan sebarang testimoni yang didengar.


Mungkin itulah yang berlaku apabila beberapa pelanggan dikatakan mengadu kepada sebuah akhbar tempatan bahawa makanan yang disajikan di restoran pelakon, Serina Redzuan indah khabar dari rupa.


Apabila diminta menjawab keluhan pelanggan tersebut, Serina yang turut dikenali umum sebagai anak Chef Wan menganggap hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana masih ramai pelanggan lain yang berpuas hati dengan makanan disajikan di restoran miliknya yang terletak di Kota Damansara itu.


Serina juga beranggapan tidak mustahil ada pihak cuba untuk menjatuhkan perniagaannya dengan mereka cerita. Begitu pun, Serina turut meluahkan bimbang jika papanya (Chef Wan) akan naik angin dengan berita ini kerana ia mampu menjejaskan reputasi dan perniagaannya.


No comments:

Post a Comment