Pastinya
peminat pelakon dan pengacara terkenal, Zizan Razak dan pelakon cantik Emma
Maembong mengetahui hubungan mesra pasangan ini. Jika sebelum ini mereka menafikannya,
namun sekarang Zizan tidak menafikan akan menamatkan zaman bujang dengan
kekasihnya Emma dalam masa terdekat.
Memetik
sumber, Zizan berkata, dia memberi tempoh selama setahun untuk melihat
perjalanan kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan mendirikan rumah
tangga.
Saya
masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau
ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu. Buat
masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih
dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk
adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini
Sementara
itu, Zizan yang baru sahaja terkait dengan gosip kononnya bersekedudukan dengan
wanita itu menganggap ia sebagai cabaran sebagai seorang selebriti. Dia
juga reda dan bersedia menjawab perkara tersebut dengan tenang.
No comments:
Post a Comment