Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti tiada siapa mahukan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta berakhir dengan perceraian. Begitu
juga dengan aktres jelita, Erra Fazira yang mengharapkan perkahwinannya
dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin kekal bahagia sehingga ke akhir
hayat apatah lagi ini merupakan perkahwinan keduanya.
Namun
apakan daya, ikatan suci yang dibina pada tanggal 25 Oktober 2007
kecundang di tengah jalan apabila pasangan ini sah bercerai talak satu
di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.
Walaupun
dikatakan tenang ketika Engku Emran melafazkan cerai, namun jauh di
sudut hati, tiada siapa tahu apa yang dirasai oleh ibu kepada Engku
Aleesya ini.
Gelora, berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang
tak boleh adili apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan
cara saya sendiri. Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa
yang tersimpan di dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, berat
mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
Walaupun terpaksa
berhadapan dengan proses perceraian pada sebelah tengah hari, namun
pelakon ‘Sembilu’ ini tetap gigih ke set rakaman program ‘Primadona’
pada sebelah petangnya. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik ini
juga kelihatan tabah, tidak seperti segelintir wanita lain yang sedih
apabila terpaksa berhadapan dengan perceraian.
Orang
nampak saya kuat tapi orang tak tahu apa yang saya tanggung. Kita tak
tahu apabila air mata itu akan keluar dan tidak dinafikan, ada masa saya
rasa jatuh dan rebah. Walau bagaimanapun, kekuatan ini datang kerana
rasa tanggungjawab saya terhadap keluarga. Jika saya rebah dan menangis
depan keluarga, anak dan rakan-rakan, macam mana saya nak tolong diri
saya dan juga keluarga
No comments:
Post a Comment