Anak perempuan mendiang aktor Paul Walker, Meadow bakal mewarisi kesemua hartanya yang berjumlah AS$25 juta (RM83 juta). Dipetik daripada laporan TMZ, Walker yang meninggal dunia dalam nahas
jalan raya pada November lalu telah meletakkan nama anak perempuannya
yang berusia 15 tahun itu sebagai pewaris dalam wasiatnya.
Bapa kepada Walker, Paul Walker III telah memfailkan wasiat tersebut di
mahkamah dan memohon petisyen agar isterinya, Cheryl, dilantik sebagai
penjaga Meadow dan juga harta tersebut seperti yang tertulis dalam
wasiat anaknya itu.
Permohonan bapa Walker akan diperdengarkan di mahkamah pada bulan ini. Pada 30 November lalu, aktres francais filem "Fast & Furious"
berusia 40 tahun itu maut dalam nahas jalan raya di Santa Clarita,
California selepas kereta yang dipandu rakannya, Roger Rodas terbabas
melanggar tiang lampu dan terbakar. Walker dan Rodas meninggal dunia di
tempat kejadian.
Meadow yang sebelum ini menetap bersama bapanya di Los Angeles kini tinggal bersama ibunya, Rebecca Soteros di Hawaii.
No comments:
Post a Comment