Hukuman
denda luar biasa seorang guru sebuah sekolah di Skudai, Johor Bahru, supaya
sekumpulan murid perempuan membuli seorang murid lelaki dengan mempersendanya
beramai-ramai kerana kesalahan membuat bising dalam kelas dipercayai
menyebabkan murid berkenaan tertekan dan tidak lama kemudian, dia didapati
terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah hingga patah kedua-dua kaki.
Dalam
kejadian jam 1.40 petang, 5 Februari lalu, murid tahun lima dikenali sebagai
Aziz yang juga pengawas sebuah sekolah di Mutiara Rini, Skudai, didenda guru
kelasnya kerana membuat bising ketika sesi pembelajaran.
Aziz
diarah berdiri di tengah-tengah sekumpulan murid perempuan dengan niat
mempersendanya. Bapa murid itu dikenali sebagai Mohamad, 50-an, mendakwa
selepas kejadian, pengurusan sekolah menghubungi isterinya memaklumkan kejadian
itu.
Menurutnya,
keluarganya terkilan dengan kejadian menimpa Aziz kerana difahamkan dia
terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas didenda guru
kelasnya. Dia dikelilingi sekumpulan murid perempuan menyebabkannya malu
serta tertekan,” katanya.
Mohamad
berkata, dia diberitahu isterinya anak mereka terjatuh dan dihantar ke Hospital
Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada jam 1.50 petang. Bagaimanapun,
menurutnya dia tidak pasti sama ada Aziz terjatuh atau sebaliknya dan
menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
Saya
sudah bertemu pengurusan sekolah, namun tidak mendapat maklum balas
memuaskan. Kedua-dua kaki Aziz patah dengan kaki kirinya patah di dua
bahagian,” katanya.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar ketika dihubungi
berkata, pihaknya maklum dengan kejadian berkenaan dan berharap pengurusan
sekolah melakukan siasatan serta memberi penjelasan penuh kepada keluarga murid
itu. – myMetro
No comments:
Post a Comment