Rata-rata
sudah mengetahui keretakkan rumah tangga pelakon dan pengacara Primadona,
Erra Fazira dan Engku Emram yang berakhir dengan penceraian.
Pasangan ini bercerai dengan baik di Mahkamah dengan Engku Emram melafazkan
talak satu.
Namun
kesediaan Erra melepaskan hak penjagaan anaknya kepada bekas suami sedikit
merungsingkan peminat. Pelbagai persoalan yang timbul memandangkan kebiasaannya,
ibu akan berusaha memastikan anak berada di bawah jagaan mereka. Adakah Erra
berbeza dari ibu-ibu lain, antara persoalan yang semakin membingungkan.
Memetik
sumber Utusan, ketika Erra menjawab soalan mengenai anaknya ada serak
bahasa sedih yang dapat menggambarkan keadaannya kini.
Janganlah
tanya soalan ini… baharu sangat, saya masih sensitif. Tetapi keputusan yang diambil kami ini adalah yang terbaik untuk dia
Mengakui
sudah lama menyimpan rahsia rumah tangga, Erra menjelaskan ada sesuatu yang
perlu dia simpan demi keputusan saat ini. Tidak menolak untuk mengetahui
pelbagai spekulasi timbul akibat ini, Erra percaya dia mempunyai sebab yang
cukup teguh untuk berahsia.
No comments:
Post a Comment