Pages

Saturday, February 22, 2014

[GOSIP]: Rahim Tidak Akan Sertai Sepahtu



Keserasian kumpulan Sepahtu dengan Rahim dari kumpulan R2 dianggap berjaya dan menghiburkan sehingga ramai peminat membuat spekulasi bahawa Rahim akan diserap menjadi salah seorang ahli Sepahtu. Namun, Jepp menjelaskan bahawa kolaborasi Sepahtu dan Rahim hanya satu projek khas untuk program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).

Kata Jepp Sepah 2:

Kolaborasi Rahim dan Sepahtu hanya satu projek khas untuk MLM2013. Tapi saya tak boleh jawab jika Rahim akan diserap masuk Sepahtu kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan. Setakat ini, Sepahtu hanya saya dan Shuib





Sementara itu, Rahim turut memberitahu bahawa dia sudah jelas dengan hal itu sejak dari awal penglibatannya dalam kumpulan Sepahtu.

Perkara ini tidak seharusnya menjadi isu. Kami sudah membuat persetujuan dari awal bahawa ini hanya merupakan satu projek khas untuk MLM 2013. Tiada istilah kecil hati jika tidak diserap dalam Sepahtu atau sebagainya. Tapi saya berbangga kerana ini merupakan pencapaian terbaik saya dalam program Maharaja Lawak Mega


No comments:

Post a Comment