Pages

Tuesday, February 18, 2014

[TAKZIAH]: Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu


Terkejut admin membaca laporan sebuah portal hiburan mengenai pelakon popular, Erra Fazira. Menurut sumber portal tersebut, Erra Fazira kini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, sebentar tadi.


Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.


Sebagai info, Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5. 

No comments:

Post a Comment