Memang dah tahap trauma dah masyarakat kita kalau dah dengar bunyi
tembakan, namun baguslah juga kan tindakan mereka ni, untuk keharmonian
dan keselamatan awam juga sebenarnya, tapi tu lah kesannya jika buat
drama di tempat awam.
Ini petikan HarianMetro tadi..
Penggambaran babak tembak-menembak membabitkan dua pelakon utama
drama bersiri Miranda, Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin tengah hari
semalam terpaksa dihentikan kira-kira satu jam apabila didatangi dua
kereta polis yang menerima aduan daripada orang ramai menyangka ia
kejadian jenayah sebenar.
Menurut Pengarahnya Along Kamaludin, babak Dazrin dan Fasha ditembak
seseorang dirakam di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di
Kota Damansara mengundang salah faham orang ramai yang terkejut
dengan bunyi tembakan itu.
/“Semuanya salah faham saja. Sebenarnya dalam babak itu, Dazrin dan
Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta. Kami buat babak itu di
kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada
pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian
jenayah sebenar.
Mungkin sebab kami rakam babak itu pun tanpa peralatan yang
banyak, jadi orang tak nampak kami jalani penggambaran. Tiba-tiba
dua kereta peronda polis tiba di set dan terpaksa pula pengurus
produksi saya jelaskan perkara itu hanya salah faham
Along berkata, kru dan pelakon terkejut didatangi polis yang
menerima aduan orang awam selepas terdengar bunyi tembakan.
No comments:
Post a Comment