Pages

Monday, February 10, 2014

[PANAS]: "Jangan Tuduh Jika Tiada Bukti" – Pengurus Zizan & Emma



Baru saja terpalit dengan gosip kononnya bercumbuan di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat, nama Zizan Razak dan Emma Maembong sekali lagi menjadi bualan hangat apabila didakwa bersekedudukan pula. 

Kontroversi mula timbul apabila seorang peminat telah menghantar emel kepada sebuah portal hiburan tempatan, mendakwa seorang artis jelita kerap ke rumah pengacara lelaki popular sejak enam bulan lalu. Pengirim yang mendakwa dia adalah jiran kepada pengacara popular tersebut memberitahu aktres jelita itu seperti tiada rumah kerana sering datang dan hanya pulang pada keesokan paginya. Daripada pembayang yang diberikan, ramai yang meneka pasangan selebriti tersebut adalah Zizan dan Emma.




Memandangkan kedua-dua artis tersebut merupakan artis di bawah naungan syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd, GUA telah menghubungi Pengarah Urusan syarikat itu, Marina Juki yang juga merupakan pengurus kepada kedua-dua artis tersebut. 

Marina menerusi perbualannya nyata sekali agak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana tidak mengetahui mengenai gosip yang diperkatakan. Marina turut meminta agar pihak di luar sana tidak mensensasikan isu ini serta tidak mengaitkan gosip tersebut dengan Zizan dan Emma selagi tiada bukti yang kukuh.

Saya tidak berani nak komen sebab saya tak baca lagi gosip tersebut. Zizan dan Emma pun tak cakap apa-apa lagi kepada saya sebab mereka sekarang tengah sibuk dengan penggambaran filem dan drama. Apa yang boleh saya katakan, jika gosip itu tidak menyebut nama mereka, jangan buat sebarang andaian atau tuduhan ke atas mereka. Bagi saya, tidak baik buat tuduhan macam itu jika tiada bukti. Saya pun pelik macam manalah orang boleh syak itu Zizan dan Emma


No comments:

Post a Comment