BATU PAHAT : Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak
kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam
serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam. Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun
terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai
ikatan perkahwinan.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd
Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk
membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.
“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah. Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja
berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu
sama lain,” katanya.
Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh
waris masing-masing.
“Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang
yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin
membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu
pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk
kelakuan seperti ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment