Kuala Lumpur: “Ketika saya tersedar, di
kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk
melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah
meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan,
62.
Menurut laporan Harian metro, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia
selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di
sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi
pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial
Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi
paru-paru.
Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’
semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan.
Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses
bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan
kepala.
No comments:
Post a Comment