Pages

Wednesday, February 12, 2014

[TAHNIAH]: Misha Omar Nikah Mei Ini


Setelah beberapa kali menangguhkan hari bahagianya, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Angin Syurga', Misha Omar mendedahkan yang dia bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangannya, Firos Ezzwan Rosly pada Mei tahun ini.




Hampir setahun emosi saya turun naik dan tidak menentu. Saya juga diduga dengan ujian, bapa saya pulang menghadap Ilahi. Tunang saya sentiasa ada bersama saya. Sepatutnya kami bakal berkahwin pada 21 Februari 2014. Namun, kami mahu menangguhkannya dahulu bagi menghormati tempoh edah ibu saya. Bagaimanapun, ibu saya datang dengan keputusan untuk meneruskan perkahwinan. Ibu saya berpesan, tidak boleh terlalu lama, takut ditimpa fitnah


Pada mulanya, Misha menolak perkara tersebut kerana dia masih lagi bersedih, namun ibu Misha meminta agar majlis diteruskan. Ibu Misha menjadi penggerak untuk majlis ini terus berlangsung.

Apabila ibu saya berkata begitu, saya yakin dengan perkara tersebut. Ibu saya cadangkan untuk melangsungkan majlis terbabit pada bulan Rejab yang jatuh pada Mei tahun ini. Mengenai tarikh spesifik pula, ibu saya berpesan supaya jangan menghebahkan tarikh sebelum kad undangan dilayangkan. Apabila kad susah tersedia, barulah tarikh boleh diumumkan. Apa yang pasti, majlis tersebut bakal berlangsung pada Mei



Menurut Misha, majlis pernikahan dan resepsi bakal berlangsung dalam satu hari di kampung halaman Misha di Kota Bharu, Kelantan. Majlis tersebut bakal dilangsungkan secara sederhana. Ibu Misha, Zainab Mat Nor bakal habis edah pada minggu kedua bulan April.


No comments:

Post a Comment