Pages

Sunday, February 9, 2014

[GOSIP]: Sepahtu Dikecam, Lawak Penjara Dan Satay Hina Anwar Ibrahim?


Kumpulan Sepahtu yang muncul dengan persembahan cemerlang malam tadi telah diumumkan juara persaingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam yang dihadiri lebih 5,000 penonton.


Kemenangan Sepahtu telah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Dalam dua persembahan akhir semalam, Sepahtu membawa tema penjara dan berbicara mengenai Satay di Kajang dalam persembahan tema bebas mereka di bahagian pertama. Pada segmen kedua, Sepahtu mengambil tema perbualan dalam keluarga berkenaan Syuib yang ingin mencari teman wanita.


Hari ini kumpulan Sepahtu terus menerima kecaman daripada pihak yang pro-Pakatan Rakyat apabila lawak Sepahtu yang menggunakan set seperti penjara dan ia dikatakan menghina Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu posting di Facebook mengecam Sepahtu yang dikatakan menghina Anwar Ibrahim

Pada satu bahagian, dialog Jepp yang merupakan anggota Sepahtu bercakap mengenai parut dimukanya yang diterima ketika makan Satay di Kajang.

“Parut ini, satu malam tu di Kajang.. satay tu liat sangat sampai terkoyak kulit muka,” kata Jepp dalam dialog itu.

Admin melihat tiada sebab dan asas mengapa dialog itu dikatakan menghina Anwar Ibrahim kerana rata-rata dialog di dalam persembahan mereka berkaitan bagaimana mereka ditangkap sehingga dipenjarakan. Namun apa komen anda?



No comments:

Post a Comment