RASANYA kalau ada anugerah untuk ‘Artis Bertudung Kontroversi’, mungkin ia sesuai diberikan kepada Shila Amzah. Apa tidaknya, selepas satu, satu lagi cerita panas yang timbul.
Jika disenaraikan, ia termasuklah kisah ‘Ombak Rindu’nya bersama pelakon
Sharnaaz Ahmad, status Twitternya berkenaan filem ‘Bencinta’, ‘teman
tapi mesra’ bersama Johan As’ari, dan kemudiannya gosip kononnya dia
sudah berkahwin.
Terbaru, sekali lagi dia menjadi buah mulut orang ramai apabila
memuatkan gambarnya sedang melakukan senaman atau ‘yoga’ yang kurang
enak dipandang untuk seorang wanita bertudung. Aksinya yang seolah-olah terkangkang membuatkan ramai peminat menegur perlakuannya itu.
Kami yakin Shila tidak berniat yang
bukan-bukan, namun sebagai seorang artis bertudung, dia seharusnya sudah
sedia maklum bahawa setiap inci perbuatannya akan diperhatikan dan
‘dihakimi’ oleh orang luar. Kalau ikutkan, ramai juga artis bertudung lain yang memuatnaik gambar di
Instagram, tapi tidaklah sampai mencetuskan kontroversi sebegini.
Senang cerita, lihat sahaja Diana Amir dan Irma Hasmie. Tak ada pula yang mengata kan? Sebabnya, mereka cukup menjaga setiap perlakuan mereka dan tidak
sewenang-wenangnya memuatnaik gambar-gambar pelik di akaun sosial.
Mungkin Shila boleh contohi mereka, tak gitu?
No comments:
Post a Comment