Pages

Sunday, February 9, 2014

[GEMPAR]: Jiran Dakwa Zizan Dan Emma Maembong Bersekedudukan?


Nama Zizan Razak dan Emma Maembong kembali panas. Jika sebelum ini timbul dakwaan Zizan dan Emma bercumbu dalam kapal terbang, kini  timbul pula khabar yang tidak enak mengenai pasangan ini.


Memetik sumber portal Murai, portal tersebut ada menyiarkan e-mail peminat yang mendakwa ada seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada laporan itu, ramai yang mula berandaian & percaya pasangan terbabit adalah Zizan & Emma.




Memetik sumber portal Gua, Zizan yang dihubungi melahirkan rasa hairan bagaimana khabar angin ini boleh dikaitkan dengan dirinya serta tidak tahu komen bagaimana harus diberikan.

“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”


“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” ujarnya.


No comments:

Post a Comment