Sebut saja nama Marion Caunter, pasti ramai wanita di
luar sana yang cemburu dengan wanita kelahiran Pulau Pinang ini. Mana
tidaknya, personaliti ini bukan sahaja memiliki wajah jelita serta
bentuk badan menawan, malah ibu kepada dua puteri comel, Leia Rose, 2,
dan Lana Rose, 3 bulan ini turut bertuah apabila bertemu jodoh dengan
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.
Namun,
sudah menjadi resam dunia, ada juga segelintir manusia yang dengki
dengan kehidupan pengacara E! News Asia ini. Bukan setakat dilimpahi
kemewahan dengan berpakaian serta menggunakan barangan berjenama, namun
pemilik nama Marion Rose Caunter Abdullah ini juga dikatakan mengembara
menggunakan jet peribadi sekaligus membuatkan segelintir pihak panas
punggung dengan kehidupan mewah yang diraihnya.
Mana ada saya
selalu naik jet peribadi. Saya hanya naik sekali-sekala sahaja. Secara
jujur, saya tidak pernah memikirkan soal kemewahan atau kekayaan. Bagi
saya, segala kemewahan yang saya kecapi ini adalah satu bonus. Secara
peribadi, saya hanya mahukan anak-anak, suami serta keluarga kami sihat
dan bahagia.
Alhamdulillah
saya bersyukur dengan segala yang saya perolehi. Saya akui hidup saya
bertuah tapi saya juga lalui kesedihan dalam hidup saya. Saya kehilangan
orang yang istimewa dalam hidup saya sejak kecil dan saya membesar
tanpa seorang ayah. Bagi saya semua orang ada kehidupan masing-masing
dan apa yang penting, kita terima saja apa yang kita peroleh dengan
kesyukuran
No comments:
Post a Comment