“Saya percaya dia,” tutur personaliti televisyen terkenal, Marion Rose
Caunter Abdullah ringkas berhubung isu yang mendakwa suaminya, SM
Nasarudin SM Nasimuddin mempunyai skandal dengan seorang selebriti
popular tanah air.
“Orang lain boleh cakap macam-macam, namun
saya percaya dengan suami saya dan begitu juga dengan dia yang
mempercayai saya. Asalkan kami saling mempercayai, itu sudah memadai
buat kami,” ujar Marion ketika ditemui di Hotel Traders, KLCC, pada
petang Selasa.
“Kami selalu bercakap serta berbincang bersama
mengenai apa saja perkara dan apabila timbul isu ini, saya kena terima
benda ini kerana ia adalah bayaran yang perlu saya bayar apabila menjadi
seorang figura awam.Apapun, saya tiada masalah untuk berhadapan dengan
perkara ini kerana saya akui saya seorang wanita yang kuat,” jelas
pengacara E! News Asia ini sambil memberitahu turut terkilan dengan
sikap segelintir pihak yang memberi komen negatif di laman sosial
miliknya.
No comments:
Post a Comment