Sepanjang tempoh 18 bulan, seorang kerani wanita yang bekerja di
Mahkamah Tinggi Ipoh boleh dijadikan contoh kepada kakitangan awam
kerana dia tidak pernah mengambil waktu rehat makan tengah hari atau
cuti tahunan. Bagaimanapun, ketika juruaudit datang untuk memeriksa rekod dan buku
mahkamah tahun lalu, sebab sebenar komitmen dan ketekunan wanita berusia
35 tahun itu terdedah.
Wanita itu menggelapkan lebih RM1.5 juta wang mahkamah,
beliau diamanahkan untuk mengutip denda daripada pesalah kesalahan kecil
dan misdemeanor. Juruaudit membuat laporan polis berhubung kehilangan wang itu dan
kerani terbabit digantung daripada tugas sementara siasatan dijalankan.
Menurut polis, kerani itu seorang pendiam dan pekerja yang rajin
serta tidak pernah bercuti sepanjang April 2012 hingga September 2013. Rakan sekerjanya memberitahu polis bahawa kerani itu tidak pernah
meninggalkan mejanya, walaupun ketika rehat makan tengah hari dan
kelihatan sangat rajin.
Tugas kerani itu ialah mengutip wang daripada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda.
Walaupun denda yang dibayar oleh setiap pesalah bukan dalam jumlah
besar, tetapi keseluruhan kutipan agak banyak di penghujung hari.
The Malaysian Insider diberitahu wanita itu akan mengambil antara RM1,000 hingga RM2,000 setiap hari.
Dia menggunakan “kelemahan” dalam sistem untuk membuat penyesuaian
yang perlu dalam pangkalan data computer mahkamah supaya jumlah yang
digelapkan tidak kelihatan dalam akaun.
Kerani itu berjaya menyembunyikan aktiviti haramnya sehingga lewat
tahun lalu apabila juruaudit datang untuk melihat rekod Mahkamah Tinggi
Ipoh. The Malaysian Insider difahamkan polis sudah menemubual kerani itu dan merakamkan kenyataannya.
Bagaimanapun, polis masih belum berjaya menemui wang yang dicuri itu
dan sedang cuba memastikan apa yang dibelanjakan dengan wang berkenaan.
No comments:
Post a Comment