Pages

Monday, February 10, 2014

Punca Bapa Kelar Dan Bunuh Anak Perempuan 7 Tahun?


Kejam dan tidak berperikemanusian apabila seorang bapa sanggup mengelar dan membunuh anak perempuannya yang baru berusia tujuh tahun. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.




Menurut timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari dan polis masih mencari jari itu dalam rumah suspek.

Beliau turut menambah, seorang lagi anak perempuannya berumur 15 tahun yang baru pulang dari sekolah menengah agama dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada bapa mereka yang sedang memegang sebilah parang dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu.

“Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.”

“Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalambilik sebelum dia menghubungi polis.”

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan. Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat.

Menurutnya lagi semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya. Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.


Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu. Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.


No comments:

Post a Comment