Sebelum melangsungkan pertunangan, Misha Omar pernah didakwa telah
berkahwin dengan orang kenamaan. Biarpun Misha menepis tuduhan itu,
namun ramai peminat yang seakan-akan mempercayai gosip liar itu.
Bagaimana pula penerimaan tunangan Misha, Firos Ezzwan Rossly ketika
itu? Adakah dia turut melenting atau sebaliknya?
Saya percayakan
Misha. Sudah lama saya kenal dan berkawan dengan dia. Bila masanya pula
dia berkahwin sedangkan saya rapat dengan dia? Kalau gosip-gosip yang
timbul mengenai Misha, saya hanya baca untuk seronok-seronok sahaja dan
tidak ambil serius kerana saya kenal siapa dia
Kami sudah lama menyelami hati budi
masing-masing, semenjak tahun 2007 lagi. Saya lebih mengenalinya sebagai
Samihah Omar. Dia seorang wanita yang pandai menjaga diri. Dia juga
merupakan seorang wanita yang mempunyai disiplin yang tinggi dalam
kerja
Ujar Misha pula,
perasannya bercampur baur apabila masanya semakin hampir untuk dia
melangkah ke jinjang pelamin bersama dengan tunangnya itu.
Kami
tidak dapat mengungkapkan perasaan kami. Sebelum ini, hidup saya
difitnah macam-macam. Tapi inilah kebenarannya. Apabila orang
mempertikaikan status diri saya, Firos ada di situ untuk saya dan setia
bersama saya. Kami serasi sejak dulu lagi. Bermula dengan kawan, ke fasa
percintaan, pernah putus, kembali semula bercinta, mengikat tali
pertunangan dan seterusnya fasa perkahwinan yang semakin hampir
Arwah bapa saya sudah lama merestui hubungan saya
dan Firos. Siapa tidak ingin hari bahagia mereka dilengkapi dengan
kehadiran kedua-dua ibu bapa. Tapi saya percaya, tiada rezeki untuk bapa
saya menyaksikan perkahwinan saya
No comments:
Post a Comment