Pages

Thursday, February 13, 2014

Kehadiran Cahaya Mata Suntik Semangat Apex, Leuniey


KELAHIRAN cahaya mata pertama memberi satu semangat baru kepada penjaga gawang The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar (Leuniey).





Alhamdulillah, saya bersyukur kerana isteri selamat melahirkan anak sulung kami hari Isnin. Saya rasa gembira dan teruja tak terkata dengan kehadiran orang baru ini. Bagi kami, kehadirannya memang memberi lebih semangat kepada saya untuk lebih berjaya dalam bidang yang saya ceburi sebab seolah-olah satu semangat baru muncul dalam hidup saya,” katanya kepada pemberita semalam.

Ketika ditanya mengenai cabaran sebagai seorang bapa, Khairul Fahmi mengakui ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga dan menganggapnya sebagai satu perkara baru yang harus dipelajari dalam kehidupan.

Selain turut menyatakan perlu belajar dari bawah, Khairul Fahmi juga memberitahu beliau banyak menimba ilmu daripada mereka yang lebih berpengalaman terutamanya kedua-dua ibu bapanya selain belajar daripada mereka yang lebih mengetahui.

Ketika ditanya mengenai pembahagian masa selepas ini, Khairul Fahmi berkata, status sebagai seorang bapa dan suami tidak akan mengganggu urusan kerja beliau sebagai seorang atlet sukan. Beliau turut mengakui kehadiran cahaya mata yang masih belum diberi nama itu juga mendidik dirinya untuk lebih berdisiplin dalam menjaga masa dan memberi sepenuh perhatian kepada keluarga selepas ini.

Ini salah satu tanggungjawab baru untuk saya menghadapinya, namun ia bukan halangan kepada saya untuk meningkatkan prestasi yang ada sekarang, malah ia merupakan batu loncatan kepada saya untuk bahagikan masa dengan lebih baik selepas ini


No comments:

Post a Comment