Pengacara serta pelakon Qi Razali mengulas mengenai tindakannya
meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi
laman Twitter miliknya baru-baru ini.
Saya tahu gambar tersebut merupakan babak lakonan mereka dan faham niat
dia mahu mempromosikan drama lakonannya. Namun apa yang membuatkan saya
terkilan kenapa dia perlu letak kapsyen gambar tersebut dengan kata-kata
romantis? Perbuatannya itu mungkin akan membuatkan orang lain salah
anggap mengenai gambar tersebut
Saya akui berada dalam keadaan tertekan ketika itu sehingga menjurus
saya bertindak sedemikian. Ketika itu saya terkejut ditambah pula dengan
tekanan daripada rakan-rakan yang mula menghantar dan bertanya mengenai
perkara tersebut. Dalam keadaan sakit belakang akibat kemalangan yang
dialami beberapa hari sebelum itu, ia membuat saya bertambah tertekan
Mengulas mengenai hubungannya dengan Nelydia Senrose, Qi memberitahu
hubungan mereka berjalan seperti biasa dan masih lagi dalam proses untuk
lebih mengenali antara satu sama lain. Menyentuh soal perkahwinan,
pengacara ‘Jalan Jalan Cari Makan’ ini berkata dia memang mempunyai
perancangan ke arah itu namun menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
No comments:
Post a Comment