Sudah
lama kita tidak mendengar cerita mengenai Anita Sarawak dan
suaminya, Mahathir Abdullah. Sebelum ini pernah terdengar
desas-desus mengatakan ikatan perkahwinan di antara Anita dan suaminya,
Mahathir dilanda masalah dan dikatakan mereka sudah berpisah.
Bagaimanapun,
tiada siapa dapat mengesahkannya, keluarga Anita atau lebih mesra dengan
panggilan Kak Nita juga enggan membuka mulut mengenai kehilangannya.
Disebabkan
itulah, hingga hari ini, Kak Nita masih menghilangkan diri tanpa sebarang
khabar berita. Memetik sumber Bipop, maklumat daripada anak saudara Kak Nita,
penyanyi berusia 62 tahun itu kembali menyanyi di Caesar’s Palace, Las Vegas,
awal tahun lalu.
Kak
Nita juga khabarnya tidak dapat pulang menjenguk jenazah ibu tiri rapat dan
dikasihinya iaitu Allahyarham Umi Kalthum yang menghembuskan nafas terakhir
ketika tidur pada Ramadan, tahun lalu. Khabarnya, selain menyanyi, Kak Nita
sibuk menguruskan perniagaannya di Las Vegas.
Sebelum
ini, macammacam versi cerita diperkatakan, selain cerita Kak Nita berpisah
dengan suaminya, ada pula mendakwa Kak Nita melarikan diri selepas berhutang
dan ada pula kisah mengatakan Kak Nita berselisih faham dengan seorang teman
baiknya.
Apa-apa
pun, kita tak tahu kesahihan cerita ini kerana ia bukannya keluar daripada mulut
empunya badan. Sama-sama kita doakan agar hubungan Kak Nita dan abang
Mahathirnya masih lagi baik seperti sebelum ini.
No comments:
Post a Comment