Pages

Tuesday, February 11, 2014

Syanie Tak Paksa Hadiri Majlis Kahwin



Pelakon dan pelawak Syanie bakal melangsungkan perkahwinan dengan Nadi Putera Mohd Zainol pada 1 Mac hadapan. Memilih tema perkahwinan di tepian pantai, pelakon ini memberitahu dia tidak memaksa sesiapa untuk menghadiri majlis perkahwinannya itu.





Ramai yang merungut kerana saya memilih Langkawi sebagai lokasi perkahwinan, namun saya tidak memaksa orang untuk datang tetapi mengalu-galukan pihak yang ingin menghadiri majlis itu

Kongsi Syanie, dia mengidamkan sebuah majlis santai untuk perkahwinannya itu nanti. Seramai 500 orang tetamu dijangka akan hadir ke majlis perkahwinannya itu nanti. Langkawi menjadi pilihan kerana banyak kenangan pahit manis terlakar di situ memandangkan dia pernah tinggal di sana selama sebulan ketika menjalani penggambaran filem 'Cinta Luar Biasa'.


Setelah 12 tahun menjanda, Syanie mengakui dia berdebar untuk menggalas kembali tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ini kerana setelah sekian lama hidup sendiri, dia sudah terbiasa melakukan semua perkara dengan sendiri.

Saya bercerai pada tahun 2002. Jadi, saya sudah biasa hidup berdikari. Namun, saya sedang mempersiapkan diri untuk bergelar seorang isteri kembali. Saya berharap agar dapat menjadi isteri yang baik kepada tunang saya itu nanti.

Tunang saya juga sering menyuruh saya memasak untuknya. Kadang kala pada waktu yang agak pelik. Malah, saya juga meminta resepi daripada bakal ibu mertua untuk memasak makanan kegemaran tunang saya. Alhamdulillah dia berpuas hati sehingga menambah dua kali

Berkongsi cerita mengenai persiapan perkahwinannya, Syanie bersyukur kerana banyak pihak yang tampil memberikan tajaan untuk majlis perkahwinannya nanti. Dia berharap agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan pada tarikh itu nanti.

Barang-barang hantaran dan persiapan kebanyakkannya sudah hampir siap. Tetapi yang kelakarnya kerana apabila saya dan tunang duduk berbincang mengenai barang hantaran baru kami teringat yang kami belum lagi membeli cincin! InsyaAllah kami akan cari cincin perkahwinan kami dalam tempoh terdekat ini


No comments:

Post a Comment