Pages

Monday, February 10, 2014

[PANAS]: Isu Lawak Nabil: Astro Hubungi Luna Maya



Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani memberitahu bahawa pihaknya telah menghubungi Luna Maya bagi menjernihkan kekeliruan yang timbul berikutan persembahan pelawak, Nabil Ahmad pada separuh akhir "Maharaja Lawak Mega 2013" (MLM 2013) dikecam kerana mengaibkan Luna yang merupakan salah seorang juri tetap.


Kita sudah jelaskan perkara ini kepada Luna bagi mengelakan perkara ini jadi salah faham. Saya percaya sama ada Nabil atau mana-mana peserta sedia maklum dan peka terhadap polisi ditetapkan. Apa juga bahan jenaka yang 'terlepas' ketika siaran langsung akan kami tapis dan senyapkan audio untuk siaran di televisyen.

Malah, sebelum ini pun kita pernah mengeluarkan amaran kepada peserta yang melanggar etika dan polisi yang sudah dipersetujui dari awal

Tambah Nizam, pihaknya sentiasa membuat pemantauan awal pada kandungan jenaka peserta adalah rutin paling penting yang diamalkan dalam setiap program siaran langsung.

Ketika peserta mengadakan latihan sebelum pertandingan sebenar, kita akan pantau dan kawal kandungan jenaka mereka. Kalau ada yang tidak sesuai, kita minta mereka buang. Cuma biasalah apabila pertandingan secara langsung kadang-kala peserta terlupa jenaka yang sudah disusun. Jadi mereka terpaksa mengeluarkan jenaka spontan daripada apa mereka lihat depan mata untuk menyelamatkan keadaan. Bila dah spontan, mungkin kandungan kurang sesuai tapi saya percaya ia bukan disengajakan.



No comments:

Post a Comment