Pages

Saturday, November 30, 2013

Saya Tak Perlukan Teguran Daripada Sesiapa – Nabila Huda

Nabila Huda, Instagram dan gambar seksi sememangnya tak boleh dipisahkan. Kalau diperhatikan, Nabila Huda seringkali berkongsi gambar-gambar terbaru mengenai aktiviti-aktiviti anak seninya di situ. Namun adakalanya  gambar yang dikongsikan menonjolkan pakaiannya yang sangat 'daring' sehingga kadang-kala berlaku pertelingkahan mulut antara peminat-peminat Nabila Huda. Terbaru, Nabila berkongsi beberapa gambar dirinya melakonkan watak Saloma yang kelihatan agak seksi dan telah ditegur oleh beberapa orang peminat.


Tidak tahan menerima teguran dan kritikan menerusi gambar yang dikongsi, Nabila Huda tampil memberikan komennya sendiri:-

i dont need any teguran from anybody.u should appriciate all of my photos.awk ada dgn sy tak bila sy penat berkerja?time korang tgh berehat senang lenang goyang kaki kt rumah,sy pulak tgh bekerja keras buat yg terbaik utk tontonan anda semua.tapi apa yg korang buat,kecikkan hati sy.kejam sungguh manusia ni kan?sorry sy tak penah sentap because i know what im doin.sy sentiasa maafkan semua yg menyakitkan hati sy.. @seraalys
 


Apabila ditarbiyahkan mengenai dosa dan pahala, Nabila Huda membidas:-

Macam bagus je semua bila bercakap. Dosa dan pahala tu antara aku dan Tuhan. Korang takde hak nak nilai apa apa atau bagi nasihat pun. Aku share gambar belakang tabir Saloma ni and it’s supposed to be P&C, so tolong la hargai

Mungkin Nabila Huda rasa kurang dihargai apabila kritikan yang diterima dan bukan sokongan terhadap kerjayanya. Inilah dugaan yang terpaksa diterima apabila bergelar artis. Nabila Huda adalah seorang yang mempunyai pendapat, pendirian dan percaya dengan apa yang dilakukan. Jadi biarkanlah sahaja Nabila.








No comments:

Post a Comment