Pages

Thursday, November 28, 2013

[GOSIP]: Michael Ang Tidak Kisah Tweets Azwan Ali

Ketika ini sedang berlangsungnya rancangan masakan yang menampilkan peserta-peserta Masterchef yang pernah disingkir pada musim-musim lepas. Nama Azwan Ali dan Pengarah Michael Ang sememangnya cukup sinonim dengan ‘percakaran’ dalam rancangan tersebut. Mana tidaknya, mereka sering bergaduh mulut dalam program Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) yang sedang ditayangkan di Astro Ria.



Adegan perang mulut di dalam Masterchef semestinya menimbulkan persoalan adakah mereka benar-benar bergaduh atau gimik untuk menaikkan rating rancangan tersebut. Michael Ang memberitahu kepada AstroGempak:

Saya dah malas nak jawab bila orang tanya tentang Azwan Ali. Kalau nak tahu pergi lah tanya dia…tapi saya profesional dan tak kisah pun bila diberitahu Azwan Ali ada bersama dalam MCMAS.


Biarlah dia nak kata apa pun…laman twitter dia kan…tak payah lah orang lain nak sibuk-sibuk…dia punya twitter, dia punya sukalah.

Semenangnya kalau tiada dua selebriti ini, memang agak 'sunyi' juga rancangan tersebut. Penyeri suasana katakan. Kalau tak, suram sahaja. Kadang-kadang kelakar jugak apabila diperhatikan gelagat mereka berdua di Masterchef All Stars

 

No comments:

Post a Comment