Pages

Sunday, November 24, 2013

David Teo Terbit Filem Seram Misteri Villa Nabila?

Bila mendengar nama Villa Nabila pun sudah buat meremang bulu roma. Kisah misteri villa tersebut menjadi trending di Facebook gara-gara laporan kehilangan remaja yang kononnya telah disorokkan. Susulan kisah keseraman dan populariti villa tersebut, David Teo, boss besar Metrowealth berkata bahawa pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini. Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila. Kata David Teo:-

Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.

Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.


belum dipastikan samada David Teo ingin menghasilkan dokumentari perihal Villa tersebut ataupun  lakonan semula mengenai kisah-kisah seram di sekitar kawasan itu. Sama-sama kita nantikan


No comments:

Post a Comment