Pages

Friday, November 29, 2013

[Gosip]: Kamal Adli Terkilan Sikap Fizz Fairuz Abaikan Komitmen

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi hingga menyebabkan Kamal Adli terkilan dengan sikap Fizz Fairuz. Rasa ketidakpuasan hati Kamal Adli berpunca daripada sikap Fizz Fairuz yang mengabaikan komitmen beliau dalam melaksanakan rancangan Liga Lawak Superstar (LLS). Dalam rancangan tersebut, sepatutnya Kamal Adli akan bergandingan dengan Fizz Fairuz dalam satu kumpulan, Apa Kasih Toq (AKT). Bagaimanapun, baru-baru ini Fizz memberitahu melalui Twitter yang dia telah disingkirkan dari program itu, sedangkan TV3 memberitahu Fizz telah menarik diri. Menurut Kamal Adli:

Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.

Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia.

Kamal Adli sememangnya terkejut kerana Fizz Fairuz telah ke Cardiff kerana sepatutnya beliau yang sepatutnya menyertai rombongan tersebut tetapi terpaksa menolah kerana mempunyai komitmen dengan LLS. Tidak sangka pula tempat beliau diganti dengan Fizz Fairuz.


Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil


Tempat Fizz telah digantikan dengan Syafiq Kyle, namun Fizz turut menyatakan melalui Twitter yang Syafiq Kyle sepatutnya tidak boleh menyertai kumpulan itu dan ‘pentingkan diri sendiri’ sekiranya tetap menggantikan tempatnya dalam kumpulan itu yang juga dianggotai oleh Didie Alias.




Syafiq Kyle memberitahu dia ada membaca tweet itu, tetapi membiarkan saja kerana dia menyertai LLS atas jemputan TV3.

Pada pendapat kami, mengabaikan komitmen bukan saya kepada majikan, malah kepada rakan yang memerlukan kerjasama kumpulan untuk menonton perlawanan bola sepak juga perbuatan pentingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment